Wednesday, June 8, 2011

Syarikat Profil

  • Tasly adalah model bagi Perubatan Cina Tradisional (TCM) yang dimodenkan menerusi perkilangan.Tasly menerajui lebih daripada 6000 TCM di negara China, dan ini telah disahkanoleh lembaga rasmi yang menyusun kriteria ini sejak 3 tahun kebelakangan ini.
  • Pada Ogos 2002, Tasly Pharmaseutikal telah disenaraikan di bursa saham Shanghai, China.
  • Lebih daripada 200 juta orang mengambil produk Tasly setiap hari.
  • Lebih daripada 100 ribu penduduk Malaysia mengambil produk Tasly.
  • Lebih daripada 10 000 ribu hospital menggunakan produk Tasly di Negara China.
  • Produk-produk Tasly juga boleh didapati di farmasi dan kedai ubat-ubatan di China.
  • Syarikat TCM yang pertama memperolehi kelulusan US FDA-IND dari Amerika Syarikat.
  • Produk Tasly telah digunakan di merata-rata dunia seperti di Jepun, Korea, Vietnam, UAE, Rusia, Amerika Syarikat, Brazil, Afrika, Belanda, Perancis, Singapura, Indonesia, Negara Thai dan Lain-lain.
  • Mempraktikkan 6G's, GLP, GCP, GAP,GEP, GMP, dan GSP.
Dr Yan Xi Jun Tasly Sabah
Dr.Yan Xi Jun
Presiden Kumpulan Tasly

Dr. Yan adalah seorang bekas askar dan merupakan pengasas Kumpulan Tasly China yang telah memulakan operasi pada Mei 1994, di Tianjin, China. Sebagai Presiden bagi Kumpulan Tasly dan Pengarah Pengurusan "Tasly Pharmaceutical Pte. Ltd", beliau memiliki keazaman yang kuat, berdisplin dan seorang pemimpin yang berdedikasi tinggi. Kini, fokus dan matlamat beliau adalah untuk memperkenalkan Tasly ke seluruh dunia.

Dato' Sri Mahamad Fathil Tasly Sabah 
Dato' Sri Mahamad Fathil
Pengerusi Tasly Malaysia

Memegang jawatan sebagai pengerusi Tasly (M) Sdn. Bhd. Dato' Sri Mahamad Fathil Bin Mahmood juga merupakan pengerusi Eksekutif untuk MTU Services (M) Sdn. Bhd., Central Management Catalogue Agency Sdn. Bhd., dan Pelaris Sdn. Bhd. Dato' Sri Mahamad Fathil sentiasa berada di sisi Tasly Malaysia dalam perluasan dan perkembangan perniagaan. Beliau amat mementingkan pertumbuhan perniagaan dan mempertingkatkan prestasi perniagaan dari semasa ke semasa. Beliau juga menjadi saksi kepada pelbagai rintangan dan kejayaan yang telah dilalui oleh Tasly Malaysia.

Datuk MIcheal Chong Tasly Sabah

Datuk Michael Chong

    Pengarah Tasly Malaysia

    Datuk Michael Chong memegang jawatan sebagai Ketua di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan untuk Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Pengarah bagi Kumpulan Tasly Malaysia. Dengan kredibiliti dan pengaruhnya yang luas, maka Kumpulan Tasly semakin kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan, yang telah dijayakan oleh beliau bersama tenaga kerja dan para pengedar Tasly Malaysia. Kini, Datuk Michael Chong talah dilantik sebagai penasihat dan pegawai istemewa kepada Menteri Perumahan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein . Beliau memang terkenal dengan intergriti dan keikhlasan beliau memahami masalah yang sedang dilalui oleh masyarakat.

    Bill Dai Tasly Sabah 
    Encik Bill Dai
    CEO Tasly Antarabangsa

    Encik Bill Dai bertanggungjawab terhadap pemasaran berperingkat untuk pasaran luar China secara jualan langsung. Beliau seorang yang menumpu kepada sasaran dan matlamat beliau untuk mencapai kejayaan. Dengan sikap beliau ini, beliau berkomunikasi secara efektif dengan bahagian pemasaran di luar Negara China untuk memastikan peluang perniagaan sentiasa diperluaskan di seluruh dunia.

    Bruce Xe Wen Bin Tasly Sabah 
    Encik Bruce Xe Wen Bin 
    Pengarah Urusan Tasly Malaysia

    Encik Bruce seorang pengarah muda yang berdedikasi, fokus dan berdisplin. Keyakinan ibu pejabat Tasly di China terhadap bekas eksekutif pemasaran ini tidak dapat disangkal, sehinggakan beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan bagi membangunkan Syarikat Tasly di Malaysia. Komitmen yang jitu dan kesungguhan beliau merealisasikan impian amat dikagumi.

    0 comments:

    Post a Comment

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

     
    Powered by Blogger